Monday, October 8, 2007

my 3rd Merce

10/2008 - 10/2010


CLS 350, rege dia RM600++ Kita cari yang Imported punya. Siapa boleh bagi rege murah, call me now 016 2200012






2008 BMW 7Siries









BMW 750L, yang ni dah pergi test drive dah, Powerr, rege dia memang cantik RM900+++

Kawe cuma aim for the 735 dulu, rege sekitar RM600++, ni dah kali ke 2 test drive di outlet di Sg Besi bulan Ogos lepas. kali pertama di Glenmarie pada tahun 2006. Biasanya mengikut pengalaman yang lepas-lepas, kalu dah test drive berkali-kali tu mesti akan dapat punya..

Sekarang belum ada duit satu sen pun untuk beli CLS atau BMW7 nih, cuma Dream saja BIG.

Sesape ada rege yg cantik, call me.. 0162200012

my 2nd Merc - S320

2004 - 2007 Sekarang
Huh..!! Mercedese kedua kawe..
S320 Imported Model Harga Beli RM420,000.00, Down payment RM100k, monthly Installment RM5000+, road tax RM3020 setahun.

Siapa nak beli sekarang call me.. aku dah nak tukar hak milik..

my 1st Merc

2000-2004
Pada usia hampir 30 (29 ++++), saya dah berjaya pakai Mercedese.. Kira dah advance dikalangan orang kampung yang miskin. Merc C180, Imported Model with Sun Roof, Harga beli RM170,000.00. Down payment RM70,000 ++. Loan tak sampai RM100k. Monthly Installment RM1500 je.

Pakai 4 tahun je.. lepas tu bagi free kat kawan baik.

Honda Accord 2201


1997-2001
Masa ni masih lagi keje DiGi, beli pada 1997 pada Harga RM130,00.00. Down payment ..tak sampai seribu (loan tinggi masa ni), cuma bayar road dan insurance, tak sampai RM2000. Monthly installment ialah RM2580/=
Honda Accord 2201, Imported Model. WFA 9896, masa tu ore Melayu belum ada pakai kereta ni lagi pada usia 27 tahun. Kalau ada pun mungkin dikalangan anak orang kaya. Tapi kalau anak petani macam aku tak adalah. Kalau ada sesiapa kenal tolong beritahu akulah - 0162200012

Honda CiviC

1995-1997
Masa ni kawe dah berenti dari Motorola, ada kawan panggil kerja tempat baru Mutiara Telecommunications Sdn Bhd. Masa tu Cellular tengah kecoh-kecoh di Malaysia. Kompeni ni dapat lesen untuk buat PCN Digital 1800, Hanya 3 Kompeni pada masa tu iaitu 013,016 dan 017.

Sekarang nama kompeni ni ialah DiGi Telecom, masa mula2 masuk dulu, saya orang yg ke 33. Sempat kerja selama 7 tahun. Starting sebagai Engineer, Asst Manager dan Manager (Head of Engineering Dept - Local Authority)

Kete Honda CiviC tu dibeli masa tahun ke 2 di DiGi, Harga dia RM57,000.00. Down Payment RM20,000.00. Monthly Installment RM900++, V-Tech Imported Model, 2 doors. Plate WBU1505

Mazda Familia



1992-1994
Hah.. ni kenderaan ke dua saya, merupakan sebuah kereta Mazda Familia (imported model), WBX 4580, 2 doors Harga beli pada masa tu RM27,000.00. Down payment RM2000. Monthly Installment RM700++. Gatal sangat nak pakai kete, terpaksa korek semua tabung syiling yang ada. Bergaya sakan pada saat itu kononnya kereta spot pintu 2 dan ada sunroof lagi.

Kawan2 seangkatan dengan saya pada masa tu semua pengsan sebab depe tak mampu lagi beli kete walaupun "3rd hand". Masa tu saya kerja dengan Motorola Communications sebagai Field Engineer. Buat VHS project dengan PDRM.

Kete Mazda tu jual dengan seorang Engineer JKR di Kl, nama dia Ayob.. sekarang dah tak jumpa dia lagi.

Kenderaan Pertama Saya

1990-1991
Inilah kenderaan pertama saya setelah Graduate dari University, pada masa tu saya berimpian untuk memiliki TZN 125 atau Kawasaki KIPS, tapi tak tercapai, ini saja yang mampu. Motor Endoro 125 tu berharga RM1500. Bukan second hand tapi dah "10th hand" dah..